Jumaat, 12 Jun 2015

Cara gemukkan SUGAR GLIDER

Cerita sugar glider lagi.
Ni nak share 1 tip yang mudah untuk gemuk gebu gebaskan glider anda.
Mudah je...bagila makan banyak banyaaakkk!! Hhaaa...

1) sering bermain dengan glider anda, siang dan malam. So, bila mereka aktif, mereka cepat lapar dan lebih kerap makan

2) handfeed atau, suap makanan ke mulut glider. Selalunya siang, glider akan tidur dan malas. Jadi, owner kenela suapkan, baru mereka makan.

3) Lebihkan protin dalam diet. Boleh bagi HPW,CDF, ayam rebus, telur rebus, cengkerik, dubia dalam kuantiti yang glider anda sanggup makan.

4) Bagi makanan secara free flow. Tak perlu catu. Pastikan sentiasa ada makanan segar dalam sangkar glider dan jika bawa berjalan pun, letakkan palet makanan di dalam pouch.

5) Bagi supplement, penambah selera, treat kegemaran, scott emultion. Tu semua boleh dapat di pet shop. Banyak brand, macam2 harga. Ni optional, dan bagi yang berkemampuan.

Tu saja..!! Mudah kan? Buat secara consistent selama 2minggu. Mesti akan nampak perubahan. Sebab glider ni kan kecik, jadi jika ada pertambahan berat badan, mudah nak nampak.

Selamat la mencooba 🐹

SUGAR GLIDER dan cabaran membelanya


Trend membela sugar glider tengah hot sekarang. Ramai yang teruja dan tertarik nak membela melihatkan kejinakkan dan keletah glider yang kecil molek dan kiut miut tu.

Di sini yang saya nak share bukan yang indah sahaja. Telitikan juga masam pahitya membela haiwan kecil ini.

Saya bukanlah pakar,cuma ada pengalaman sikit saja..jadi dari pemantauan saya,dapatlah saya senaraikan beberapa cabarannya di sini :


  • HARGA : harga seekor glider, tidak mengira jantina dan usia minimum boleh mencecah RM 120 seekor. Itu harga glider biasa yang warna kelabu tu. Tapi kalau nasib baik dan pandai cari boleh dapat bawah RM100 siap dengan accessories. Kalau mencari ang lebih exotic, harganya pun jauuuuhh lebih exotic lah
  • KELENGKAPAN : bila dah beli glider, kenelah cari kelengkapan pula. Di sesetengah tempat sangkar dan segala kelengkapannya agak sukar diperolehi di kedai haiwan. Tidak seperti barangan keperluan kucing yang bersepah sepah. Dan harganya juga pastinya agak mahal. Keperluannya juga banyak. Wheel,hammock,bonding pouch,travelling bag,sangkar,tempurung, dan pelbagai lagi. Bukanlah wajib beli,tapi inilah yang biasa ada dalam sangkar glider.
  • MAKANAN : Glider adalah haiwan yang cerewet dalam bab pemakanan. Bukan boleh bagi sebarangan. Memerlukan protein yang mencukupi setiap masa. Diet utama mereka kalau nak beli HPW dan CDF. Boleh didapati di kedai haiwan (kalau ada) dan mahal. Selain dari tu, buah buahan, sayuran, ayam rebus, telur rebus, mealworm, cengkerik dan dubia. Cabarannya, makanan yang siap proses mahal, buahan mesti setiap hari diberikan yang baru, tidak boleh dibiarkan semalaman, nanti glider tak makan. Serangga pula, kot geli la nak pegang.Image result for sugar glider hpwImage result for dubia
  • MASA : Peruntukan masa yang maximum untuk glider anda, jika tidak ia boleh mati kerana stress. Hari hari kene layan, kene main, kene belai. Kecuali kalau beli sepasang, boleh kurang sikit layanan. Glider yang stress akan buat benda yang bukan bukan. Overgrooming sampai botak, mogok lapar, menung sepanjang hari, lari keliling sangkar berjam jam. Akhirnya jatuh sakit dan mati mengejut. uhhh tragiss
  • PERANGAI : Glider ni bila kita beli ada kalanya tidaklah sangat jinak. Kadang kala super duper ganazz. Ada yang berbulan ambil masa untuk dijinakkan, itupun setelah berlubang jari jari kene gigit dan calar balar tangan kene cakar. Kalau kita takut, lagila lambat jinak,kalau sanggup bagi dia gigit, cepat la sikit jinaknya. ( sanggup ke?)
  • PENGGURUSAN : Sifatnya pembersih seperti kucing, tapi tidaklah boleh diajar macam kucing untuk poo and pee di tempat yang betul. Perkara biasa bagi glider untuk poo and pee di atas badan tuannya. Kita baru nak belai manja dia, tiba tiba kene yakyak atas bahu...haaha tu perkara biasa. Dan glider memang selalu akan buat macam tu. Sangkarnya pula perlu dibersihkan hampir setiap hari sebab mereka makan bersepah, dan poo berterabur...busuk yang amat walau najisnya kecik comel. Kalau nak letak sangkar glider dalam bilik tu, kene sangat rajin la. So, anda cukup rajin?
  • RAWATAN : Segala yang berkaitan dengan glider ni, hampir semuanya mahal. Kos rawatan untuk glider yang sakit boleh mencecah hingga ratusan ringgit. Antara penyakit yang biasa bagi glider ialah katarak, lumpuh kaki, keguguran bulu. Kebanyakan punca penyakit adalah makanan yang diberikan pada glider, pengurusan sangkar dan juga pengurusan masa. Untuk elakkan kos rawatan, kenelah jaga faktor pemakanan dan kebersihan.
So, itulah antara cabaran membela glider. Tidaklah susah sebenarnya jika benar benar komited dan berminat. Banyak tips dan trick ntuk mengatasi masalah berkaitan glider ni. Yang penting, bertanggungjawab dengan haiwan yang di dalam jagaan kita, dan buka ikut trend dan suka suka sahaja. Saya akan share lagi dalam entry akan datang...tata

dimulakan dengan 'bismillah'

Harini hari pertama menulis,

Dua blog sebelum ini yg dah ada berjuta view telah pun dipadamkan. Serabut bersawang tak tahu mana nak mula mengemas,Delete sajalah cara paling mudah.

Tutup buku lama, kita mula cerita baru...

Semoga catatan dan kiriman yang mendatang menghasilkan pahala yang berterusan menjadi saham di hari perhitungan kemudian.
Sahabat, minta tolong kirimkan ucapan yang membina dan kritiklah cara dewasa. Saya di sini sekadar berkongsi cerita, salah dan silap maaf dipinta