Jumaat, 12 Jun 2015

Cara gemukkan SUGAR GLIDER

Cerita sugar glider lagi.
Ni nak share 1 tip yang mudah untuk gemuk gebu gebaskan glider anda.
Mudah je...bagila makan banyak banyaaakkk!! Hhaaa...

1) sering bermain dengan glider anda, siang dan malam. So, bila mereka aktif, mereka cepat lapar dan lebih kerap makan

2) handfeed atau, suap makanan ke mulut glider. Selalunya siang, glider akan tidur dan malas. Jadi, owner kenela suapkan, baru mereka makan.

3) Lebihkan protin dalam diet. Boleh bagi HPW,CDF, ayam rebus, telur rebus, cengkerik, dubia dalam kuantiti yang glider anda sanggup makan.

4) Bagi makanan secara free flow. Tak perlu catu. Pastikan sentiasa ada makanan segar dalam sangkar glider dan jika bawa berjalan pun, letakkan palet makanan di dalam pouch.

5) Bagi supplement, penambah selera, treat kegemaran, scott emultion. Tu semua boleh dapat di pet shop. Banyak brand, macam2 harga. Ni optional, dan bagi yang berkemampuan.

Tu saja..!! Mudah kan? Buat secara consistent selama 2minggu. Mesti akan nampak perubahan. Sebab glider ni kan kecik, jadi jika ada pertambahan berat badan, mudah nak nampak.

Selamat la mencooba 🐹